Hukum makan daging Aqiqah PDF Print E-mail

Soalan 29

Saya ada kemusykilan mengenai aqiqah. Ada orang berpendapat daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan aqiqah dan ia perlu disedekahkan semuanya, manakala pendapat kedua mengatakan daging boleh dimakan.

Boleh Dato’ jelaskan mengenai hal ini? Soalan kedua, seorang kawan memberitahu, orang yang tidak melakukan tidak boleh melakukan melakukan ibadah korban.Adakah ini benar? Bolehkah kita melakukan akqiqah untuk diri sendiri (jika ibu bapa tidak mampu ketika kecil dulu) dan adakah syaratnya juga sama?

 

Jawapan

Memang benar daging aqiqah tidak boleh dimakan orang yang melakukan aqiqah itu saja.Bagaimanapun ahli keluarga yang lain boleh melakukannya,tetapi jika sekadar merasa ketika masak daging aqiqah dibolehkan.Seperti mana dam, Orang yang melakukan dam saja tidak boleh memakannya.

Jika anak berumur kurang dua tahun, sebaiknya diutamakan akikah daripada korban.Jika bagi orang dewasa, dia boleh melakukan korban walaupun tidak melakukan akikah.

Akikah ialah ibadah sunat yang dilakukan ibu bapa untuk anak-anak, jika tidak dilakukan atas apa alasan pun tuan tubuh tidak perlu melakukannya.Sebaliknya bila kita dewasa yang sunah dilakukan ialah korban dan bukan akikah.

Soaljawab Agama bersama Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim,
Berita Harian.